Wednesday, January 23, 2013

Grup Foto


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Maulidur Rasul. Group photo ni diambil kat tempat yang sama dengan entry ini, cuma masa & tarikh tu lain sikit. Btw ni bukan kat Terengganu tapi Kelantan. Kami berbangga kerana dapat luang masa keluar kejar sunrise bersama dengan Ust Azhar Idrus yang kebetulan beliau datang ke Kota Bharu untuk menyampaikan tazkirah pada malam sebelumnya.

Sedikit pencerahan, aku & the geng tak shoot model yang tak tutup aurat & tak shoot model pompuan, kami hanya kejar sunrise & sunset, human interest & ada dikalangan kami shoot macro. Pada tahun 2010, kami & beberapa lagi rakan telah bersetuju untuk menubuhkan satu kelab yang berdaftar iaitu Kelab Karyawan Lensa Negeri Kelantan atau singkatannya KLIK & sampai sekarang boleh dikatakan semua komuniti fotografi yang ada di sini join KLIK sebagai salah satu medium untuk mengetahui info atau menyertai program atau kursus yang berkaitan dengan fotografi. Btw mana aku dalam gambar ni? Konfem la yang tak pegang kamera kan sebab kamera aku wat shoot gambar ni, tapi aku bukan budak kecik tu.

Wassalam.

2 comments:

  1. Replies
    1. dulu saya shoot jugak pic model-model free hair,nasib baik sedar awal & tak buat lagi sekarang :)

      Delete