Monday, January 21, 2013

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..hari ni 09 Rabiul Awal 1434H bersamaan 21 Januari 2013,secara rasminya aku stat create blog aku sendiri..its all about photography.

Aku dalam bidang photography ni bermula pada suku ke-empat tahun 2008,masa tu aku minat Street Photography, tapi lama kelamaan aku mula berjinak dengan Landscape Photography sampai sekarang, tapi tak bermakna aku tak ceburi genre lain. Antara genre lain yang aku shoot ialah masih lagi Street Photography, Human Interest dan yang paling aku sayang ialah InfraRed Photography yang still lagi berkait rapat dengan Landscape Photography.

Antara gajet yang aku setakat ni - Nikon D300s, Nikon D50 Full InfraRed, 1957 Ricoh 500 (filem) dan yang paling baru Fujifilm X-E1. Lens pula aku ada Tamron 71-50mm f.2.8, Tamron 10-24mm f3.5Fujinon 35mm f1.4 dan Helios 44-2 58mm f2.

Kalau nak cakap pasal kejayaan, yang paling besar setakat ni bagi aku ialah bila terpilih dalam Nikon Club Malaysia Top 10 Photographers 2011 dan pengalaman paling manis bila 5 gambar yang aku shoot dan 9 lagi photographer lain terpapar di Nikon Gallery kat Nikon Centre, Times Square, KL. Korang boleh check kat link ni - Nikon Club Malaysia Top 10 Photographers 2011 (FINAL)

Last but not least, please support me & lets be friend..Wassalam

No comments:

Post a Comment