Tuesday, November 12, 2013

Perginya Seorang Ibu - Al FAtihah






Bismillahirrahmanirrahim

Pada 03 Muharram 1435H bersamaan 07 November 2013, 05.20 petang, perginya ibu tercinta kembali kepada Nya meninggal kami semua tujuh beradik di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan setelah 3 tahun sebulan mengalami sakit stroke sebelah badan & selepas setahun 3 bulan arwah aku meninggalkan kami sekeluarga. Kasih sayang dari seorang ayah tempat aku bermanja berakhir selama 28 tahun & kasih sayang seorang ibu aku sempat bermanja berakhir selama 29 tahun & tiada lagi tempat aku bermanja serta tempat luahan perasaan, masalah & berkasih sayang. Tetapi aku masih lagi ada seorang ibu mertua dan seorang ayah mertua dan aku akan melayani serta menghormati mereka sepertimana aku sayang & hormat kedua ibu ayah aku. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di sisi Nya. Akan aku gunakan sebaiknya ilmu & pengalaman yang mereka berikan.

Wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Wildan Day Out





Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali berkenaan kami membuang masa dengan begitu sahaja dan aku perasan yang janggut penuh kat muka aku macam Adam Lavine dalam The Vioce Season 5..uh!!

Wassalam.

Sunday, October 6, 2013

Mandi Ayam





Bismillahirrahmanirrahim.

Lately aku pun tak tahu kenapa la aku malas sangat nak update blog. Sekarang dah masuk minggu ke 3 aku tanpa baby boy aku & kerinduan dah semakin membuak-buak..& the best part is lusa, 08 Oktober 2013 maka pulang la anaknda kesayangan bersama bondanya yang aku rindukan kedua-duanya. Seriously i can't wait.

Pasal gambar ni, ini adalah salah satu genre kegemaran aku - Human Interest dan aktiviti dalam gambar ni dipanggil mandi ayam dan dah tak banyak tempat yang boleh jumpa dengan aktiviti seperti ini sekarang. Budak-budak mana ada main ayam lagi, dengan iPad, iPhone, Samsung, Android, game komputer dan segala gajet lain menjadi pilihan. Zaman dah barubah, so dengan itu aku persembahkan zaman sebelum berubah ini kepada korang.

Wassalam.

Thursday, September 12, 2013

Kelantan Chief Minister Threshold

JPEG file







Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar Menteri Besar Kelantan dah di Threshold. Fell free to download & use this piece.

JPEG file : http://d-h.st/7vl
PSD file : http://d-h.st/PWs

Wassalam.

Wednesday, August 21, 2013

Aman



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Malaysia masih aman & CCRIS dah dimansuhkan. Daripada mereka CCRIS datang, kepada mereka jugalah CCRIS pergi. Adapun CCRIS ini tidak sedikit pun memberi kesan pada aku.

Wassalam.

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Kareem, Syawal Mubarak


Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin agak terlambat aku post pasal Ramadhan & mungkin agak awal aku post pasal Syawal. Apapun amal yang anda lakukan tak kira dalam bulan apa sekali pun, harap ianya diredhai Allah kerana dengan redha dari Nya yang membolehkan kita masuk ke syurga Nya.

Salam Ramadhan Kareem, Syawal Mubarak.

p/s : feel free to use this pic to your blog.

Wassalam.

Thursday, July 4, 2013

Protes

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya dengan ini mengutuk sekutuk-kutuknya rampasan kuasa oleh tentera Mesir dari presiden Dr. Mohammed Morsi.

Wassalam.