Thursday, February 21, 2013

Endlessly


Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni berkenaan dengan light trails dan gambar ini aku shoot kat Petaling Street. Insya Allah, 25.2.2013 ni aku akan ke KL lagi untuk kursus di sana beserta melawat ke rumah mertua aku. Kalau ikut planning, aku memang nak shoot sunrise kat Putrajaya tapi bergantung kepada keadaan cuaca. Aku ingat nak buat long exposure + cari reflect yang best-best kat KLCC. Apa pun, aku akan kembali lagi kat sini dengan tujuan yang sama tapi keadaan yang berlainan.

Wassalam.

Monday, February 18, 2013

Cowans Sheldon



Bismillahirrahmanirrahim.

Benda ni ialah kren untuk baiki laluan keretapi yang berjenama Cowan Sheldon yang berasal dari England. Cowan Sheldon mula membina krennya yang pertama pada tahun 1866 dan sinonim dengan industri keretapi. Gambar ni aku snap di Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan di mana ia adalah one stop centre untuk servis dan pertukaran kepala keretapi di Pantai Timur. Bila aku fikir-fikir balik, memang dah lama aku tak menggunakan perkhidmatan keretapi ni sejak tamat belajar IPT. Aku memang suka travel dengan keretapi bila ada kekosongan di koc berkatil dan katakan tidak di koc tempat duduk, mau tak lenguh belakang. Tapi sekarang bila dah ada kereta sendiri, aku jarang lagi naik keretapi tapi kalau ada peluang, aku akan naik lagi keretapi ni dan kembalikan memori masa belajar dahulu.

Wassalam.

Tuesday, February 12, 2013

The Forgotten Exodus



Bismillahirrahmanirrahim

The Forgotten Exodus - tu yang aku nampak dalam gambar ni. Aku rasa nama tu pun sesuai & dah cukup untuk gambarkan apa yang ada dalam gambar ni. Betapa bahagianya kalau hari-hari ada sunrise macam ni untuk penuhkan memori kad dalam kamera aku untuk dikongsi dengan semua tentang Kebesaran Allah.

Wassalam.

Saturday, February 9, 2013

31 Minggu




Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kesibukan harian aku berkerja, sedar tak sedar zaujah aku dah masuk 31 minggu dalam mengandungkan anak kami yang pertama. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Nya kerana masih lagi dipermudahkan & diberi rezeki untuk kami terus beribadat & bertakwa kepada Nya. Mohon doa daripada kalian semua semoga baby kami selamat dilahirkan & bertambah umat Islam yang berguna untuk agama, negara, bangsa dan berbakti kepada kami di hari tua.

Wassalam.

Monday, February 4, 2013

Rokok


Bismillahirrahmanirrahim

Sejak 2-3 minggu lepas heboh pasal rokok elektrik di mana macam-macam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan pasal rokok elektronik ni yang akhirnya kemungkinan akan dicukaikan & dikategorikan sebagai gajet komputer. Kronologinya agak melucukan. Apa pun aku dah berhenti merokok lama dahulu & sikit-sikit aku layan jugak rokok elektronik ni. Perokok-perokok elektronik ni cakap - "bukan asap pun,wap-wap air jer"..hehe.

Wassalam.

Sunday, February 3, 2013

Reflect



Bismillahirrahmanirrahim.

Entry kali ni pendek jer - Selamat Petang.

Wassalam.