Monday, February 18, 2013

Cowans Sheldon



Bismillahirrahmanirrahim.

Benda ni ialah kren untuk baiki laluan keretapi yang berjenama Cowan Sheldon yang berasal dari England. Cowan Sheldon mula membina krennya yang pertama pada tahun 1866 dan sinonim dengan industri keretapi. Gambar ni aku snap di Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan di mana ia adalah one stop centre untuk servis dan pertukaran kepala keretapi di Pantai Timur. Bila aku fikir-fikir balik, memang dah lama aku tak menggunakan perkhidmatan keretapi ni sejak tamat belajar IPT. Aku memang suka travel dengan keretapi bila ada kekosongan di koc berkatil dan katakan tidak di koc tempat duduk, mau tak lenguh belakang. Tapi sekarang bila dah ada kereta sendiri, aku jarang lagi naik keretapi tapi kalau ada peluang, aku akan naik lagi keretapi ni dan kembalikan memori masa belajar dahulu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment