Tuesday, January 22, 2013

Humble



Bismillahirrahmanirrahim

Untuk gambar pertama yang aku upload, bagi aku gambar ni ada banyak kenangan manis. Kenapa aku tulis macam tu :-

- Gambar ni memang aku yang snap. Aku original photographer untuk gambar ni.
- Lepas jer upload kt facebook, memang ramai orang copy gambar ni & hurai macam-macam pasal beliau yang ada dalam gambar ni.
- Sebelum aku snap gambar ni, aku diajak oleh orang yang ada dalam gambar ni berjalan-jalan unutk melihat keadaan sekeliling kampung dan beliau juga menunjukkan aku kandang kambing anak beliau & ladang durian beliau.
- Hanya aku & beliau sahaja berjalan-jalan di kampung beliau tanpa pegawai keselamatan, tanpa photographer lain, atau sesiapa sahaja..hanya aku & beliau.

Semasa berjalan dikelilingi kampung, aku ajukan satu soalan kepada beliau - Tok Guru, kita akan dapat pahala ke kalau burung-burung datang & hinggap pada pokok yang kita tanam?..beliau menjawab - Ya, kita akan dapat pahala, sebab pada masa yang sama sediakan tempat rehat, rumah untuk mereka & pada hujung pertemuan, aku sempat ambil gambar aku bersama beliau.

Gambar ni diambil sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2009, 19 September 2009 bersamaan 29 Ramadhan 1430H selepas mengikuti beliau dan keluarga beliau menziarahi pusara ayah beliau..btw ini bukan blog politik, hanya fotografi semata-mata.

Wassalam.

8 comments:

  1. moga Allah panjangkan usia TGNA dan diberi kesihatan..beliau memang..humble

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah..ameen,trimas bro Nazha..btw awk slalu layan blog ko & still lg layan smpai blog aku ni di buat..& congrats sbb jd 1st komentar dlm blog ni..

      Delete
  2. Wow.. smart ar gmbar ni... biar gmbar yg berbicara...
    jeles aku dengar cerita ko ni... siap jenjalan berdua-duaan lg tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro..siyes aku tak sangka dia akan ajak aku berjalan dengan dia jer,memang terkejut la..tapi peluang tu,so aku tak tolak,hehe..

      Delete
  3. seni sungguh gambar ni :)
    tak ternilai harganya.. tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudari Hariah Ahmad krn singgah & komen di blog yg tak seberapa ini. :)

      Delete
  4. tak sangka saudara adalah jurufotonya. gambar ni banyak orang post di internet dengan pelbagai caption.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,saya la photographer untuk gambar ni..saya tengok pun memang banyak orang post gambar ni kat internet tapi tak apa,benda tu tak boleh dihalang :)

      Delete