Tuesday, November 12, 2013

Perginya Seorang Ibu - Al FAtihah






Bismillahirrahmanirrahim

Pada 03 Muharram 1435H bersamaan 07 November 2013, 05.20 petang, perginya ibu tercinta kembali kepada Nya meninggal kami semua tujuh beradik di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan setelah 3 tahun sebulan mengalami sakit stroke sebelah badan & selepas setahun 3 bulan arwah aku meninggalkan kami sekeluarga. Kasih sayang dari seorang ayah tempat aku bermanja berakhir selama 28 tahun & kasih sayang seorang ibu aku sempat bermanja berakhir selama 29 tahun & tiada lagi tempat aku bermanja serta tempat luahan perasaan, masalah & berkasih sayang. Tetapi aku masih lagi ada seorang ibu mertua dan seorang ayah mertua dan aku akan melayani serta menghormati mereka sepertimana aku sayang & hormat kedua ibu ayah aku. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di sisi Nya. Akan aku gunakan sebaiknya ilmu & pengalaman yang mereka berikan.

Wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Wildan Day Out





Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali berkenaan kami membuang masa dengan begitu sahaja dan aku perasan yang janggut penuh kat muka aku macam Adam Lavine dalam The Vioce Season 5..uh!!

Wassalam.

Sunday, October 6, 2013

Mandi Ayam





Bismillahirrahmanirrahim.

Lately aku pun tak tahu kenapa la aku malas sangat nak update blog. Sekarang dah masuk minggu ke 3 aku tanpa baby boy aku & kerinduan dah semakin membuak-buak..& the best part is lusa, 08 Oktober 2013 maka pulang la anaknda kesayangan bersama bondanya yang aku rindukan kedua-duanya. Seriously i can't wait.

Pasal gambar ni, ini adalah salah satu genre kegemaran aku - Human Interest dan aktiviti dalam gambar ni dipanggil mandi ayam dan dah tak banyak tempat yang boleh jumpa dengan aktiviti seperti ini sekarang. Budak-budak mana ada main ayam lagi, dengan iPad, iPhone, Samsung, Android, game komputer dan segala gajet lain menjadi pilihan. Zaman dah barubah, so dengan itu aku persembahkan zaman sebelum berubah ini kepada korang.

Wassalam.

Thursday, September 12, 2013

Kelantan Chief Minister Threshold

JPEG file







Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar Menteri Besar Kelantan dah di Threshold. Fell free to download & use this piece.

JPEG file : http://d-h.st/7vl
PSD file : http://d-h.st/PWs

Wassalam.

Wednesday, August 21, 2013

Aman



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Malaysia masih aman & CCRIS dah dimansuhkan. Daripada mereka CCRIS datang, kepada mereka jugalah CCRIS pergi. Adapun CCRIS ini tidak sedikit pun memberi kesan pada aku.

Wassalam.

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Kareem, Syawal Mubarak


Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin agak terlambat aku post pasal Ramadhan & mungkin agak awal aku post pasal Syawal. Apapun amal yang anda lakukan tak kira dalam bulan apa sekali pun, harap ianya diredhai Allah kerana dengan redha dari Nya yang membolehkan kita masuk ke syurga Nya.

Salam Ramadhan Kareem, Syawal Mubarak.

p/s : feel free to use this pic to your blog.

Wassalam.

Thursday, July 4, 2013

Protes

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya dengan ini mengutuk sekutuk-kutuknya rampasan kuasa oleh tentera Mesir dari presiden Dr. Mohammed Morsi.

Wassalam.

Monday, July 1, 2013

Swirly Bokeh



Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar bunga biasa jer kan? Bukan itu yang aku cuba ketengahkan tapi seni blur atau bokeh pada background subjek tu yang aku cuba terangkan. Ia dipanggil Swirly Bokeh. Ini antara gambar swirly bokeh di awal percubaan aku. Ada kesempatan nanti aku akan upload lagi pasal bokeh ni. Lens pun murah, lens jenis Helios 44-2, 58mm, f2 yang aku beli via ebay dengan harga RM158 tapi sebulan jugak la mau sampai.

Wassalam.

Sunday, June 30, 2013

Laluan Susu (Milky Way)


Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar ni diambil pada 29 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 10 Mei 2013 di Pulau Gajah, Pantai Sabak. Masa tu aku start keluar dengan geng-geng yang lain bermula pada pukul 12 tengah malam dan kami berkampung di sana sampai subuh demi mencari sekeping gambar yang ingin kami kongsi tentang Kebesaran dan Keindahan Ciptaan Nya. Tunggu 4 hingga 5 jam lamanya dan shoot berpuluh-puluh malah beratus-ratus gambar tapi yang dapat hanya sekeping sahaja. Itulah nilai sekeping gambar dan nilai sebuah seni yang mungkin diambil secara haram dengan 'save picture as' ataupun 'copy' dan 'save' dalam komputer korang. Malah aku pernah tengok gambar kawan aku yang jadi mangsa mereka-mereka ini, siap dah ada dalam frame dah time tu, nasib baik trademark kawan aku tak di hilangkan dengan photoshop lagi kat gambar tu. Ia realiti kehidupan alam maya dan alam nyata yang kami kena hadapi. Bukan photographer sahaja malah ramai lagi artis-artis seni yang lain yang menjadi mangsa. Ok, masa untuk download Teen Wolf season 3 secara haram,k bye.

Wassalam.

Sunday, June 16, 2013

I'm Back


Bismillahirrahmanirrahim.

Agaknya dah sebulan lebih aku tak update blog. Memang sibuk jugak la bila dah first time jadi ayah ni. Banyak benda yang nak kena belajar & bertambahlah tanggungjawab aku. Tapi ini lah hasil cinta aku dengan wife aku & Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, setakat ni aku mampu jalankan tanggungjawab aku dengan baik.

Sekarang aku lapang sikit sebab anak & isteri (sekarang perkataan isteri pun dah jatuh ke no 2 lepas anak aku,hehe) ada di rumah mertua aku kat KL. So aku rasa masa ni la aku nak update blog balik. Sekarang ni aku agak aktif balik dalam photography, banyak masa jugak aku luangkan bersama kawan-kawan seangkatan keluar kejar sunrise & tak tido malam kejar milky-way. Sebelum ada anak, aku selalu balik keja lewat, pukul 7-8 malam belum tentu ada kat rumah lagi tapi sekarang 5.30 petang sharp aku terus balik & aku just tutup power monitor komputer aku jer sebab tengah download movie via torrent, rindu anak kat rumah punya pasal,hehe. Apapun, InsyaAllah, lepas ni aku akan kerap update blog fotografi aku ni.

Wassalam.

Thursday, April 11, 2013

Miracle Inside



Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 01 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 12 April 2013, Jumaat, 05.55am, ketika kedengaran azan Subuh maka bersambung pula jeritan suara bayi yang baru sahaja dilahirkan dan bayi tersebut adalah bayi pertama saya dan isteri. Dilahirkan sebagai lelaki dan beratnya adalah 3.4kg. Alhamdulillah, Allah s.w.t membenarkan semua selamat dan sihat. Betapa kagumnya apabila merasai pengalaman berada dalam labour room dan merasai kelahiran bayi kami ini. Betapa Besarnya Kuasa Yang Maha Esa. Aku sujud dan bersyukur pada Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Wassalam.



Wednesday, April 10, 2013

Labour Room

Bismillahirrahmanirrahim.

Post kali ni tak ada gambar..zaujah saya sekarang ada dalam labour room,tgh check jantung baby & ia prosedur biasa sebelum bersalin..doakan kami & baby kami selamat..InsyaAllah,ameen.

Wassalam.

Monday, April 1, 2013

Black & Cream


Bismillahirrahmanirrahim.

This planet's over-run,
There's nothing left for you or for me.

Wassalam.

Monday, March 25, 2013

My 1st Milky Way


Bismillahirrahmanirrahim.

I've lived a life that's full 
I traveled each and every highway 
And more, much more than this 
I did it my way 
This is my Milky Way.

Sekitar pukul 5.35pagi 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013, aku tersedar dari tidur. Pada malam sebelumnya pula aku telah post kat facebook aku dengan niat nak shoot Milky Way iaitu teknik shooting galaksi kita. Dengan aplikasi 'Planets' yang aku download kat iPhone aku, maka dengan senangnya aku detact arah mana Milky Way di tempat aku. Jadi dengan kehendak Nya, aku dikejutkan dari tidur & terpanggil untuk sambung niat aku pada malam sebelumnya & terfikir - adakah Dia kejutkan aku dari tidur & mahu aku kongsikan alam ciptaan Nya ini? So aku beranikan diri keluar seorang diri pergi belakang rumah, pacak tripod & kamera sambil cari arah buruj Sagitarius untuk mengesan Milky Way ini. Keadaan memang sunyi dengan langitnya yang jelas menampakkan bintang-bintang tanpa gangguan awan memang sesuai untuk aku shoot Milky Way ini. Aku tamatkan sesi shoot Milky Way ni lepas dengar azan Subuh.

Wassalam.

Sunday, March 24, 2013

Wisdom, Justice And Love


Bismillahirrahmanirrahim.

"I come to this magnificent house of worship tonight because my conscience leaves me no other choice. A true revolution of values will lay hands on the world order and say of war: "This way of settling differences is not just." This business of burning human beings with napalm, of filling our nation's homes with orphans and widows, of injecting poisonous drugs of hate into veins of people normally humane, of sending men home from dark and bloody battlefields physically handicapped and psychologically deranged, cannot be reconciled with wisdom, justice and love." - (Beyond Vietnam: A Time to Break Silence by Rev. Martin Luther King - 4 April 1967)

Semoga Malaysia kita aman selalu. Ameen.

Wassalam.

Sunday, March 17, 2013

Pagi Yang Selamat


Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama tak jenguk blog yang makin bersawang ni. Nanti aku upload gambar sawang pulak lepas ni. Apa pun kembalinya aku untuk satu tujuan iaitu untuk berkongsi gambar yang aku snap yang tak seberapa ni sambil mengkagumi alam ciptaan Nya.

Wassalam.

Thursday, February 21, 2013

Endlessly


Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni berkenaan dengan light trails dan gambar ini aku shoot kat Petaling Street. Insya Allah, 25.2.2013 ni aku akan ke KL lagi untuk kursus di sana beserta melawat ke rumah mertua aku. Kalau ikut planning, aku memang nak shoot sunrise kat Putrajaya tapi bergantung kepada keadaan cuaca. Aku ingat nak buat long exposure + cari reflect yang best-best kat KLCC. Apa pun, aku akan kembali lagi kat sini dengan tujuan yang sama tapi keadaan yang berlainan.

Wassalam.

Monday, February 18, 2013

Cowans Sheldon



Bismillahirrahmanirrahim.

Benda ni ialah kren untuk baiki laluan keretapi yang berjenama Cowan Sheldon yang berasal dari England. Cowan Sheldon mula membina krennya yang pertama pada tahun 1866 dan sinonim dengan industri keretapi. Gambar ni aku snap di Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan di mana ia adalah one stop centre untuk servis dan pertukaran kepala keretapi di Pantai Timur. Bila aku fikir-fikir balik, memang dah lama aku tak menggunakan perkhidmatan keretapi ni sejak tamat belajar IPT. Aku memang suka travel dengan keretapi bila ada kekosongan di koc berkatil dan katakan tidak di koc tempat duduk, mau tak lenguh belakang. Tapi sekarang bila dah ada kereta sendiri, aku jarang lagi naik keretapi tapi kalau ada peluang, aku akan naik lagi keretapi ni dan kembalikan memori masa belajar dahulu.

Wassalam.

Tuesday, February 12, 2013

The Forgotten Exodus



Bismillahirrahmanirrahim

The Forgotten Exodus - tu yang aku nampak dalam gambar ni. Aku rasa nama tu pun sesuai & dah cukup untuk gambarkan apa yang ada dalam gambar ni. Betapa bahagianya kalau hari-hari ada sunrise macam ni untuk penuhkan memori kad dalam kamera aku untuk dikongsi dengan semua tentang Kebesaran Allah.

Wassalam.

Saturday, February 9, 2013

31 Minggu




Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kesibukan harian aku berkerja, sedar tak sedar zaujah aku dah masuk 31 minggu dalam mengandungkan anak kami yang pertama. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Nya kerana masih lagi dipermudahkan & diberi rezeki untuk kami terus beribadat & bertakwa kepada Nya. Mohon doa daripada kalian semua semoga baby kami selamat dilahirkan & bertambah umat Islam yang berguna untuk agama, negara, bangsa dan berbakti kepada kami di hari tua.

Wassalam.