Monday, March 25, 2013

My 1st Milky Way


Bismillahirrahmanirrahim.

I've lived a life that's full 
I traveled each and every highway 
And more, much more than this 
I did it my way 
This is my Milky Way.

Sekitar pukul 5.35pagi 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013, aku tersedar dari tidur. Pada malam sebelumnya pula aku telah post kat facebook aku dengan niat nak shoot Milky Way iaitu teknik shooting galaksi kita. Dengan aplikasi 'Planets' yang aku download kat iPhone aku, maka dengan senangnya aku detact arah mana Milky Way di tempat aku. Jadi dengan kehendak Nya, aku dikejutkan dari tidur & terpanggil untuk sambung niat aku pada malam sebelumnya & terfikir - adakah Dia kejutkan aku dari tidur & mahu aku kongsikan alam ciptaan Nya ini? So aku beranikan diri keluar seorang diri pergi belakang rumah, pacak tripod & kamera sambil cari arah buruj Sagitarius untuk mengesan Milky Way ini. Keadaan memang sunyi dengan langitnya yang jelas menampakkan bintang-bintang tanpa gangguan awan memang sesuai untuk aku shoot Milky Way ini. Aku tamatkan sesi shoot Milky Way ni lepas dengar azan Subuh.

Wassalam.

3 comments: