Sunday, June 30, 2013

Laluan Susu (Milky Way)


Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar ni diambil pada 29 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 10 Mei 2013 di Pulau Gajah, Pantai Sabak. Masa tu aku start keluar dengan geng-geng yang lain bermula pada pukul 12 tengah malam dan kami berkampung di sana sampai subuh demi mencari sekeping gambar yang ingin kami kongsi tentang Kebesaran dan Keindahan Ciptaan Nya. Tunggu 4 hingga 5 jam lamanya dan shoot berpuluh-puluh malah beratus-ratus gambar tapi yang dapat hanya sekeping sahaja. Itulah nilai sekeping gambar dan nilai sebuah seni yang mungkin diambil secara haram dengan 'save picture as' ataupun 'copy' dan 'save' dalam komputer korang. Malah aku pernah tengok gambar kawan aku yang jadi mangsa mereka-mereka ini, siap dah ada dalam frame dah time tu, nasib baik trademark kawan aku tak di hilangkan dengan photoshop lagi kat gambar tu. Ia realiti kehidupan alam maya dan alam nyata yang kami kena hadapi. Bukan photographer sahaja malah ramai lagi artis-artis seni yang lain yang menjadi mangsa. Ok, masa untuk download Teen Wolf season 3 secara haram,k bye.

Wassalam.

Sunday, June 16, 2013

I'm Back


Bismillahirrahmanirrahim.

Agaknya dah sebulan lebih aku tak update blog. Memang sibuk jugak la bila dah first time jadi ayah ni. Banyak benda yang nak kena belajar & bertambahlah tanggungjawab aku. Tapi ini lah hasil cinta aku dengan wife aku & Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, setakat ni aku mampu jalankan tanggungjawab aku dengan baik.

Sekarang aku lapang sikit sebab anak & isteri (sekarang perkataan isteri pun dah jatuh ke no 2 lepas anak aku,hehe) ada di rumah mertua aku kat KL. So aku rasa masa ni la aku nak update blog balik. Sekarang ni aku agak aktif balik dalam photography, banyak masa jugak aku luangkan bersama kawan-kawan seangkatan keluar kejar sunrise & tak tido malam kejar milky-way. Sebelum ada anak, aku selalu balik keja lewat, pukul 7-8 malam belum tentu ada kat rumah lagi tapi sekarang 5.30 petang sharp aku terus balik & aku just tutup power monitor komputer aku jer sebab tengah download movie via torrent, rindu anak kat rumah punya pasal,hehe. Apapun, InsyaAllah, lepas ni aku akan kerap update blog fotografi aku ni.

Wassalam.