Wednesday, January 30, 2013

Bulan Gaji



Bismillahirrahmanirrahim.

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui."

Surah Al-An'am, ayat 77.

Hari ni 19 Rabiul Awal 1434H & bulan dah tak berapa nak penuh. Bila tiba jer 15 haribulan pada bulan Hijrah, maka aku tunggu 10 hari lagi untuk tibanya pay day sebab gaji aku dibayar dalam bulan Hijrah. So kalau tengok bulan penuh, maka 10 hari lagi dapat la gaji. Apa untungnya dapat gaji ikut bulan Hijrah ni? Ok macam ni, kalau kerja 3 tahun, maka untung sebulan gaji sebab hari dalam tahun Hijrah ni lagi sedikit berbanding tahun Masih & Alhamdulillah, majikan aku amalkan pemberian gaji ikut bulan Hijrah ni bermula pada tahun 2009 sampai sekarang. Insya Allah kalau diberi Kebenaran oleh Nya, gaji kami akan dibayar dengan Dinar & Dirham.

Wassalam.




Racun InfraRed


Bismillahirrahmanirrahim

Racun - itu la perkataan yang sinonim dengan InfraRed Photography ini, Perkataan racun selalu diguna oleh aku & rakan-rakan di Facebook bila kami bagi komen di gambar infrared & penawar pada racun ini ialah bila anda sendiri miliki kamera infrared & ini lah salah satu cabang seni fotografi yang kreatif. Oh ya, mereka-mereka akan meracun anda sedalam-dalamnya. Biar perlahan tapi pasti.

Wassalam.

Monday, January 28, 2013

Highest Achievement




Bismillahirrahmanirrahim

Seperti yang aku tulis sebelum ni, antara pencapaian tertinggi aku dalam bidang fotografi ni ialah bila aku terpilih dalam Nikon Club Malaysia Top 10 Photographers 2011. Alhamdulillah, memang bangga. So aku terjumpa la gambar yang aku snap masa aku melawat galeri yang memaparkan gambar-gambar pemenang di Nikon Centre. Yang paling best bila gambar aku diambil untuk buat display ini (gambar budak mandikan ayam). Nanti aku cari lagi & akan update.

Wassalam.

Masjid Besi - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin



Bismillahirrahmanirrahim

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.

Surah Az-Zukhruf, ayat 70.

Selamat pagi. Wassalam..

Small Tunnel - Terowong Kecil



Bismillahirrahmanirrahim

Post kali ni pasal teknik Small Tunnel. Teknik ni ada 1 lagi adik kembar - Small Planet. Aku penah buat dua-dua & dua-dua teknik ni sangat best untuk dilayan kalau gambar kena dengan tempatnya sebab tak semua gambar boleh buat teknik ni. Teknik ni jugak secara umumnya dikenali sebagai 360x180 Planet Panorama, best kan?hehe..Oh ya, yang dalam gambar tu kawan aku yang jadi mangsa kerakusan aku untuk teknik ni.

Wassalam.

Sunday, January 27, 2013

Selamat Beramal


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Isnin, orang cakap lazy monday, tapi hari Isnin hari yang best bagi aku sebab ofis aku & gabungan dengan 1 GLC yang lain anjurkan tazkirah di masjid yang berdekatan dengan ofis aku setiap minggu bermula pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pada hari Rabu & Khamis pula adalah hari baca Al-Quran bagi pekerja muslimin & muslimat bermula pada pukul 2 petang hingga 4 petang & setiap staf mesti baca Al-Quran bila ada masa free dengan guru pengajar bagi memantapkan lagi bacaan Al-Quran yang semakin berkarat dalam diri masing-masing & ia mendapat sambutan yang sangat baik bagi staf ofis aku. Semoga kita lebih diberkati.

Wassalam.

Friday, January 25, 2013

Post-Processing


Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ni, 13 Rabiul Awal 1434H bersamaan 25 Januari 2013, sebelum subuh lagi bangun untuk berkejar-kejar dengan sunrise. Setelah selesai dengan sunrise yang agak malu-malu, maka aku & the geng tukar lokasi ke tempat orang buat kapal di Pengkalan Chepa & tetamu yang join sekali hari ni sangat special - Ustaz Azhar Idrus. Kami ke sana untuk shoot gambar orang buat kapal atau dalam bahasa fotografi - Human Interest. Lepas puas mengisi memory card kamera masing, kami berhenti jap 'makea tea' atau minum-minum. Sebelum sembahyang Jumaat kami bersurai & Ustaz Azhar Idrus akan bertolak ke KL untuk jadual tazkirahnya di TTDI. Semoga ustaz selamat sampai di sana.

Wassalam.

Wednesday, January 23, 2013

Grup Foto


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Maulidur Rasul. Group photo ni diambil kat tempat yang sama dengan entry ini, cuma masa & tarikh tu lain sikit. Btw ni bukan kat Terengganu tapi Kelantan. Kami berbangga kerana dapat luang masa keluar kejar sunrise bersama dengan Ust Azhar Idrus yang kebetulan beliau datang ke Kota Bharu untuk menyampaikan tazkirah pada malam sebelumnya.

Sedikit pencerahan, aku & the geng tak shoot model yang tak tutup aurat & tak shoot model pompuan, kami hanya kejar sunrise & sunset, human interest & ada dikalangan kami shoot macro. Pada tahun 2010, kami & beberapa lagi rakan telah bersetuju untuk menubuhkan satu kelab yang berdaftar iaitu Kelab Karyawan Lensa Negeri Kelantan atau singkatannya KLIK & sampai sekarang boleh dikatakan semua komuniti fotografi yang ada di sini join KLIK sebagai salah satu medium untuk mengetahui info atau menyertai program atau kursus yang berkaitan dengan fotografi. Btw mana aku dalam gambar ni? Konfem la yang tak pegang kamera kan sebab kamera aku wat shoot gambar ni, tapi aku bukan budak kecik tu.

Wassalam.

InfraRed One


Bismillahirrahmanirrahim

Ini ialah seni InfraRed Photography. Gambar ini diambil pada 24 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 28 May 2011. InfraRed Photography aku ni yang jenis Full Infrared.

Info pasal InfraRed Photography ni korang boleh rujuk kat sini.

Wassalam.

Tuesday, January 22, 2013

Sunrise One



Bismillahirrahmanirrahim

Tempat ni first time aku pegi dengan geng2 aku & insya Allah aku akan repeat lagi bila ada masa yang sesuai.

Gambar ni diambil pada 18 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 22 April 2011.

Wassalam.

Humble



Bismillahirrahmanirrahim

Untuk gambar pertama yang aku upload, bagi aku gambar ni ada banyak kenangan manis. Kenapa aku tulis macam tu :-

- Gambar ni memang aku yang snap. Aku original photographer untuk gambar ni.
- Lepas jer upload kt facebook, memang ramai orang copy gambar ni & hurai macam-macam pasal beliau yang ada dalam gambar ni.
- Sebelum aku snap gambar ni, aku diajak oleh orang yang ada dalam gambar ni berjalan-jalan unutk melihat keadaan sekeliling kampung dan beliau juga menunjukkan aku kandang kambing anak beliau & ladang durian beliau.
- Hanya aku & beliau sahaja berjalan-jalan di kampung beliau tanpa pegawai keselamatan, tanpa photographer lain, atau sesiapa sahaja..hanya aku & beliau.

Semasa berjalan dikelilingi kampung, aku ajukan satu soalan kepada beliau - Tok Guru, kita akan dapat pahala ke kalau burung-burung datang & hinggap pada pokok yang kita tanam?..beliau menjawab - Ya, kita akan dapat pahala, sebab pada masa yang sama sediakan tempat rehat, rumah untuk mereka & pada hujung pertemuan, aku sempat ambil gambar aku bersama beliau.

Gambar ni diambil sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2009, 19 September 2009 bersamaan 29 Ramadhan 1430H selepas mengikuti beliau dan keluarga beliau menziarahi pusara ayah beliau..btw ini bukan blog politik, hanya fotografi semata-mata.

Wassalam.

Monday, January 21, 2013

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..hari ni 09 Rabiul Awal 1434H bersamaan 21 Januari 2013,secara rasminya aku stat create blog aku sendiri..its all about photography.

Aku dalam bidang photography ni bermula pada suku ke-empat tahun 2008,masa tu aku minat Street Photography, tapi lama kelamaan aku mula berjinak dengan Landscape Photography sampai sekarang, tapi tak bermakna aku tak ceburi genre lain. Antara genre lain yang aku shoot ialah masih lagi Street Photography, Human Interest dan yang paling aku sayang ialah InfraRed Photography yang still lagi berkait rapat dengan Landscape Photography.

Antara gajet yang aku setakat ni - Nikon D300s, Nikon D50 Full InfraRed, 1957 Ricoh 500 (filem) dan yang paling baru Fujifilm X-E1. Lens pula aku ada Tamron 71-50mm f.2.8, Tamron 10-24mm f3.5Fujinon 35mm f1.4 dan Helios 44-2 58mm f2.

Kalau nak cakap pasal kejayaan, yang paling besar setakat ni bagi aku ialah bila terpilih dalam Nikon Club Malaysia Top 10 Photographers 2011 dan pengalaman paling manis bila 5 gambar yang aku shoot dan 9 lagi photographer lain terpapar di Nikon Gallery kat Nikon Centre, Times Square, KL. Korang boleh check kat link ni - Nikon Club Malaysia Top 10 Photographers 2011 (FINAL)

Last but not least, please support me & lets be friend..Wassalam